Saturday, 21 May 2016

HIDUP INI



Terkadang aku letih melayan kerenah manusia nie. Aku penat utk memujuk hati ini agar selalu kuat. Aku serik membiarkan aku terluka disaat yang lain bahagia. Tapi ini lumrah kehidupan. Kadang kita diatas. Kadang kita di bawah. Tapi dimana pun kita berada kita kena ingat Allah yang lebih mengetahui segalanya. Kita juga kena ingat bahawa Allah tak suka kita berharap pada selain Dia. Ini juga menjadi antara sebab kenapa aku tak suka berharap dan yang paling aku tak suka orang berharap pada aku. Aku takut. Sangat takut. Bilamana orang berharap terlalu tinggi pada aku dan aku tak dapat nak berikan yang terbaik padanya. At last aku decide untuk lepaskannya. Tapi manusia nie dicipta untuk tidak dapat membaca fikiran dan hati serta perasaan manusia lain. Jadi disebabkan itu, aku nekad untuk membiarkan aku terluka. Biarlah aku mengalah. Aku tak sanggup nak tengok orang lain sedih. Paling utama orang yang paling aku sayang. It will be much better if it just only me.

Mungkin orang akan fikir aku bodoh. Membiarkan diri terluka untuk kebahagiaan orang lain. Tapi bagi aku, itu akan buat aku bahagia walau hakikatnya sebaliknya. Memang diri kita yang patut diutamakan tapi kalau itu juga jadi penyebab utama diri kita sedih apa gunanya. Lebih baik kita lepaskan dan biarkan saja. Mengalah dan biarkan tak bermakna kita lemah. Tapi itu adalah antara jalan yang akan buat kita tenang. Mana kita nak ? Fikiran kita serabut atau ketenangan hati ? Everything is up to you. You will decide it. But the only thing that im very sure is you will choose to be calmness. Is it ? Jadi lebih baik biarkan dan kalau ianya menyakitkan serta memudaratkan better lepaskan. You should think positive. Percayalah Allah akan gantikan yang lagi baik dari apa yang kita lepaskan. Mungkin bukan as soon as posible tapi mungkin dimasa akan datang ? Siapa tahukan. Itu semua urusan Allah. Kita sebagai manusia kita ikutkan saja perjalanan hidup kita. Yang lain biar Allah yang settle.

Lagipun life too short to be serious all the time. Kita enjoys jerr life kita nie. Jodoh, Pertemuan. Ajal. Maut. Semua ditangan Allah. Just let it be. Dan bersangka baiklah pada Allah. Sesungguhnya Dialah sebaik-baiknya Perancang.

Saturday, 17 October 2015

Final !


Assalamualaikum, hye reader. Emm.. Final exam daa semakin hampir. Dan aku masih lagi belum ready. Sebenarnya lhaa kan. Sem nie aku teruk sikit. banyak sangat main-main, lepak, aktiviti, sampaikan aku daa berani ponteng kelas. Cer korang bayangkan, Baru sem 2 daa pandai ponteng kelas bagai. Emm.. Tak tahu lhaa aku mcam mana final nty. Kelaut mgken. Haihh.. Enta lhaa.. Aku pu tak tahu nak ckap mcam mana dngan diri aku nie.. Sekarang nie mmg hanya mampu berharap sem depan aku takde carry subjek. Hahahahaa.. So disebabkan takut carry punya pasal aku sanggup stay up malam kat student center poli nie sampai pagi hanya untuk study. Emm.. Bukan rajin ke ape ke. Citernya sekarang nie, ilmu kite kena cari bukan menunggu jerr. Kalau tunggu jerr mmg 10 tahun akan datang pun takkan sampai punya. Hahahahahaa.. So kena lhaa rajinkan diri paksa diri utk belajar utk stay up malam hanya utk study. Susah sekarang take. Jangan susah dikemudian hari. Kalau susah dikemudian hari mmg mgken kau kelaut lhaa citernya.. Huhuhuu..

Penat ?

Yew. Ade lhaa penat jgakk. Sebabnya korang kena berulang blekk dari kamsis(asrama) ke student center nie. Dan jgakk kena bersengkang mata semata nak study. Huhuhuu.. Tapi nama pun student kan. So its normal lhaa kan bile kena stay up malam utk study. Hahahaa.. Tapi bile stay up malam nie bosan sikit bile kena stay up sorang. Ianya akan jadi Hambarr ~ Kah Kah Kah ! So kalau nak stay up malam nie ajakk lhaa mmbe. Mmg confirm best lhaa.. Lagi best bile mmbe kite pun bole layan kepala kite kan. Hahahaha ! Tapi kalau dngan mmbe nie biasanya org kata "mmg tak belajar lhaa nty" Kuikuikui ! Kalau rasa tak belajar tue paksa lhaa diri utk belajar. Nty confirm lelama mmbe korang join sekaki. Tapi takde lhaa aku ckap confirm 100% mmbe korang akan join sekali. Tapi atleast ade lhaa mgken terdetik nak join kan. Mgken lhaa "terdetik". Mgken. Hahahaha !

Emmm... So sekarang nie aku nak sambung stay up lagi.. Nty ade masa lagi aku story lagi yew.. So bubye ~ Assalamualaikum..

# WishMeLuckForFinalYo ! #

Wednesday, 16 September 2015

GENG NOCTURNAL


Pada mulanya geng nie hanya sekadar group AJK DINNER Sesi Dis 14 dari Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi(PSSCPUH). Dan lama kelamaan geng nie menjadi satu group yg dinamakan GENG PENGACAU. Disebabkan geng nie buat bising time final exam sesi dis 14 tue. Walau macam mana pun, geng nie tersangat lhaa sporting sehingga korang buat bising pun diorang tetap steady dan takde yg left. Melainkan ade perselisihan paham sikit dalam group tue. Tapi diorang sangat memahami dan budak yg left tue akan di'invite' blekk dalam group tue tidak lama kemudian. Owh lupa nak bagitahu group nie sekarang dah dinamakan semula dengan nama GENG NOCTURNAL yang bermaksud "Aktif pada waktu malam". Mana taknya, petang ada kelaskan so malam jerr lhaa yang bole layan group. Yedok ? Oppss.. Termasuk jgakk kalau ada waktu free. Sebab nty diorang akan buat perancangan utk keluar sesama. Macam tue lhaa ceritanya ~


Sebenarnya bukan itu point aku. Point aku sebenarnya, aku nak mintak maaf. Sebab bole katakan daa lama daa kita kenal daa nak dekat setahun dah tapi aku tetap tak bole nak cerita setiap masalah aku pada korang. Walaupun kita daa dikira macam FAMILY macam ADIK BERADIK tapi aku tetap tak bole. Maafkan aku. Aku sayangkan korang. Sayang sangat-sangat sampai aku takut nak hilang korang. Sebab tue aku jaga hati korang dengan sebaik mungkin. Hope sangat korang tak salah paham dngan aku. Emm....


Aku pernah ada pengalaman dngan kawan nie. Bukan budak geng nocturnal nie lhaa. Tapi kawan lain lhaa. Aku pernah ade pengalaman. Jadi aku tak nak benda yang sama berulang balik. Aku harap sangat kita kekal kawan selamanya. Walau kita daa tamat belajar sekali pun. In shaa Allah. Memang kadang ada perselisihan paham antara kita. Tapi aku tak nak disebabkan itu kita berpecah. Aku tak nak. Aku tahu kadang apa yang kita rancang tak semestinya berlaku. Tapi tak salahkan kalau kita cuba usahakan. Mana tahu rezeki untuk kita kekal bersama. Huhuhuu ~ Ayat aku nak kemana. Hahaha !


Aku tahu skrg memasing daa buat haluan sendiri. Tapi hopefully kita masih contact mcam dulu. Sebab aku rindu sngat waktu kita lepak sesama, pi main bowling sesama, event sesama, and all the thing we do together. Aku rindu. Tapi andai kata lhaa kita semua berpisah dan jarang/atau susah berjumpa, aku harap korang tak lupa semua kenangan kita bersama. Simpan lhaa semua kenangan pahit manis kita, semua gambar kita bersama, gelak tawa kita, semuanya sekali. You know what ? Im really glad that we meet in this PSSCPUH. Im glad we be a FAMILY. I can't tell you how happy Im. Serious nie, aku gembira sangat. Walaupun ada pahit dan manisnya tapi aku bersyukur. Alhamdulillah.


Last but not least, I LOVE YOU GUYS ! Muah !

Sunday, 16 August 2015

REMINDER SELF !

Dear SELF, you should be strong. Bukan mudah jatuh bile diuji. Aku tak sangka kau macam nie, Sejak bile weyhh kau jadi macam nie ??! Sebelum nie kau lhaa yang paling tak kisah ape orang lain nak cakap, ape yang orang lain pikir, ape yang orang lain buat dan ape yang orang lain nak. Sebelum nie, kau main pakai redah jerr. Apa nak jadi, jadi lhaa. Kau peduli ape. But now ?! Mana diri kau yang dulu tue ? MANA ?! Sedih aku lihat kau sekarang. Sedih sangat. Serious aku tak sangka.

Dear SELF, jangan macam nie. Aku tak suka. Please lhaa kuat blekk. Aku tak larat nak tngokk kau macam nie. Kalau kau jatuh sebab insan yang bernama "LELAKI" tolong lhaa lupakan jerr. This time for you to study. Bukan "BERCINTA". Keep focus ! Lelaki nie bile bile masa jerr kau bole cari. Tapi ilmu nie kau kena gali kena usaha kena keje keras baru kau dapat. Lelaki nie kau petik jari jerr, ramai yang datang. Tapi kalau kau nak yang lebih bernilai, just focus on your study. Biar ALLAH yang tentukan, gerenti 100% bernilai. Dan itu lhaa yang dinamakan "JODOH". Kan lebihh elok begitu. Tak payah menyusahkan diri terhegeh mencari. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

Aku tahu sometime kau jealous tngokk orang lain ada partner sibuk keluar kehulu kehilir berkepit sana sini ber"sweet" segala. Tapi kadang itu lhaa yang terbaik untuk diri kau. Think positive sayang. Pikir baik atas perancangan ALLAH. In shaa Allah ada hikmah di setiap kejadian. Kadang ALLAH sengaja menguji kita. DIA nak tengok sejauh mana kesabaran kita keimanan kita atas segala ujian yang diberi. Jadi bersyukur lhaa sebab ALLAH uji tanda SAYANG. You should proud of it.

Buat masa sekarang nie, just make your PARENT happy and proud of you. Abaikan yang tak penting. Just keep study ! Keep FOCUS ! Walaupun aku tahu kau agak susah "sikit" nak fokus tue. Hahahaha ! Tapi takpe, tak salah mencuba kan.. Kalau jatuh sebab mencuba, kau bole bangun blekk. Apa ada hal~ Hahaha ! Atleast kau daa mencuba. Kan ? So KEEP STRONG DEAR SELF ! Assalamualaikum.

Sunday, 29 June 2014

Budak KL

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari nie aku nak share story pasal budak KL.. Bukan apa , aku share nie pun sebab aku study kat KL.. Kat mana tue , biar aku dan Allah s.w.t sahaja yg tahu.. Kat sana , kat hostel aku tue hampir semua budak KL satu batch dengan aku.. Diorang nie boleh dikatakan baik jugaklah.. Tapi dalam baik tue aku tak cakap ada jahatnya.. Just cara diorang nie boleh di'label'kan agak kasar jugaklah.. Kasar dalam segi percakapan dan perlakuan(setakat nie lah).. Nak cakap kasar sangat tak jugak , nak cakap baik sangat pun tak jugak.. Just aku banyak termakan hati jugaklah dengan diorang.. Aku bukan apa , maklumlah aku nie baru jerr nak kenal dunia orang KL nie macam mana.. Tue yg aku tak berapa nak selesa sikit dengan diorang..

Cara diorang nie jenis yg suka 'straight to the point' tau.. Jadi aku macam terkaku jugaklah.. Aku sebenarnya tak tahu nak luahkan kat siapa.. Jadi kat sini jerr lah yg mampu aku luahkan.. Aku nie dah lah jenis yg susah nak paham tapi diorang boleh cakap aku yg tak bagi orang paham aku.. Sepatutnya dioranglah yg cuba untuk paham aku.. Nie tak , diorang boleh cakap aku tak bagi orang paham aku.. Diorang nie pun satu , aku kan baru datang KL sepatutnya diorang kena pahamlah.. Aku nie pun tak biasa sangat dengan dunia luar and dunia bandar nie.. Aku nie memang banyak termakan hati jugaklah dengan diorang.. Percakapan diorang memang paling aku tak selesalah.. Sakit hati sangat-sangatlah.. Tapi sakit hati aku tak luahkan.. Aku diamkan jerr sebab tak nak gaduh dengan diorang punya pasal.. Tapi memang aku tak sangkalah yg aku diamkan tue boleh jadi isu pergaduhan..

Now , aku dengan roomate aku dah tak rapat.. Semata-mata sebab aku nie kononnya FAKE.. Aku tak fake , aku diri aku lah tapi diorang mana nak paham.. Yang diorang tahu kerja nak 'BASUH' aku jerr.. Diorang jugak cakap 'BE YOURSELF' tapi bila aku jadi diri aku sendiri , diorang cakap aku fake dan sebagainya.. Nampak tak , sebenarnya diorang nie yg tak cuba nak paham aku.. Diorang jugak pernah labelkan aku 'gedik'lah, 'mengada-ada'lah.. Yang sebenarnya aku jadi diri aku sendiri.. Salah ke ?? Memanglah aku kat kelas lain , kat hostel lain.. Sebabnya aku belum selesa dengan student lain.. Bila aku dah selesa aku okay jerr.. Tapi kalau nak aku selesa tue memang makan masa lah kan.. Jadi diorang kena sabarlah.. Nie tak, kerja nak push and 'basuh' aku jerr..

Aku nie diorang pikir takde perasaan ke apa ? Dengan aku punyalah diorang 'basuh' giler-giler kaw punya tapi antara diorang ? Ada diorang 'basuh' macam mana diorang 'basuh' aku ? Takde tau.. Diorang pun ada jerr yg mengumpat sesama sendiri , ada yg kutuk jugak pasal yg lain.. Tapi tak kena 'basuh' pun.. Aku nie , aku marah ke tak suka ke aku buat tak tahu jerr.. Tue pun aku kena 'basuh' jugak ke ? Wei , tahulah aku dari negeri luar , tak payahlah nak pilih kasih sangat.. Pikir aku tak perasan ? Takpelah.. Dengan aku korang buat macam-macam.. 'Basuh'lah , marahlah , maki-makilah dan banyak lagilah.. Dengan korang takde pulakkan.. Is't okay.. Allah itu maha adil.. Allah sengaja bagi aku dugaan nie.. Sebab DIA nak tengok sejauh mana kasih aku pada-Nya.. Aku tahu dan paling penting korang jugak tahukan.. Apa korang bagi , itulah yg korang akan dapat balik.. Biarlah aku bersusah pada mulanya , InsyaAllah nanti kemudian hari Allah bagi aku kemudahan-Nya..

Lastly , aku nak cakaplah.. Tak semuanya budak KL nie jahat , tak semuanya kurang diajar , dan tak semuanyalah.. Ada jerr yang okay , ada jerr yang baik tapi susah nak carilah sebabnya 'BANDAR KL LAH KATAKAN'.. Biasalah , macam korang tak tahu jerr kan.. Hahaa.. Kesimpulannya , duduk di KL memang banyak dugaan dan paling penting tahap keSABARan dan keTABAHan diri serta FIZIKAL dan MENTAL jugak kena KUAT.. Kalau tak kuat memang TAK PAYAHlah duduk kat KL.. Korang duduk jerr kat rumah korang tue.. Huhuu~~ Jadi tue jerr lah story dan luahan hati aku yg nak share kat korang.. Hope korang taklah pandang serong sangat dengan budak KL nie.. Diorang sebenarnya okay jerr.. Kalau korang selesa dengan diorang , boleh jerr korang hidup di bandar KL nie.. Okaylah , nanti apa-apa hal aku share lagi k.. Bubye.. ASSALAMUALAIKUM.. ^_^

Monday, 20 January 2014

AUMMCAKKK.....

Assalamualaikum , hye hye..Apa khabar semua? sihat? aku sihat alhamdulillah..Sebenarnya aku tak tahu nak update apa..Aku cuma nak try jer update guna gambar , tue jer..Iyelah , inikan 'FIRST TIME' kononnya aku update guna gambar..So aku agak excited sikit..hehee..Maklumlah sebelum nie mana pernah aku update guna gambar kan..Biasanya aku update dengan menaippp jer...So kali nie aku nak try update guna gambar plak..Tak salahkan? So jangan banyak bunyi k..hehee..Main-main saje maa..Tak kan gurau pun tak boleh kan..hekhek...Hurm , aku baru teringat sebenarnya aku terlupa nak wish sempena tahun baru nie..Maaflah lambat sikit..hikhik..Almaklumlah aku buzy dok tanam anggur kat umah nie..So , sempena tahun baru nie aku harap perjalanan hidup aku dipermudahkan urusannya..Dah tue jer..Nak buat apa panjang-panjang kan..Pendek-pendek jer sudah ler..hehee...so SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA...tak terlambat sangat kan?? hehee...K lah , bubye dan Assalamualaikum....

Sunday, 15 December 2013

Kebosanan Tahap Maximum......

BOSANNN....... Yup! Sepanjang aku duduk rumah nie memang bosan giler arr.. Naik stress aku dibuatnya..Nak suruh aku keluar jalan-jalan? Memang tak lerr jawapannya..Nak suruh aku kerja? Dalam mimpi jer lhaa..Aku nak lepak dengan membe aku dekat kawasan rumah aku pun tak boleh apatah lagi nak keluar jalan-jalan dengan pergi kerja..Kadang aku rasa aku duduk rumah nie dah jadi macam orang gaji jer..Macam bibik endon tue."bik..esok jangan lupa kemas rumah ye..","tue baju saya tue jangan lupa gosok juga nanti esok saya nak pergi kerja takde baju pulak nanti.." Hah , lebih kurang macam tue ar.. Sabar jer lhaa yang aku mampu buat sekarang nie... Sebenarnya aku nie bukan aper..Bukan nak mengutuk or mengumpat ke aper ke..Aku cuma bosan giler..Aku ader jugak dengar sebelum nie..Alarh sebelum habis sekolah hari tue..Aku ader dengar membe aku daa buat plan daa nanti time cuti nie diorang nak buat aper..Ader yang nak kerja lhaa , ader yang nak amek lesen memandu lhaa , ader yang nak menanam anggur lhaa(macam aku nie yang asyik duduk rumah jerr)..Yang macam aku nie aku tak kisah lhaa sangat tapi yang nak kerja tue , yang nak amek lesen tue aku kisah..Sebab aku tak dapat..Aku tak dapat buat aper yang diorang dapat buat..Aku jeles dokk.... Hurm...Sepanjang aku duduk dekat rumah nie , aku asyik nak cari makanan jer setiap kali aku bosan..Biler tak tahu nak buat aper , aku mesti pergi dapur..Tak pun aku pergi buka peti sejuk , cari aper yang boleh dimakan..Tetibe terpikir , agaknya 3 bulan lagi badan aku boleh jadi macam ikan buntal agaknya kan? Haish , macam maner lhaa agaknya nanti aku nak amek result SPM kan? Eh ? Aper yang aku merapu nie..Aku tak nak gemuk k..Mintak-mintak lhaa kan..Amin..Tapi kan , sekarang nie badan aku dah macam menunjukkan ciri-ciri nak 'g***k' jer..Hurm , nie tak boleh nie..Aku mesti kuruskan balik..Mesti! Setidaknya sebelum amek result nanti..Memandangkan ader masa lagi so mesti bolehnya... Eh ? Aku nie leka bonor menaip benda alah nie sampai tak sedar jam dah pukul 11 malam..Hurm , elok lhaa tue..Mata aku pun dah kuyu so aku pun nak masuk tido..Good Night...